Sunday, 31 July 2011

SENIMAN NEGARA 1995 DATUK SYED AHMAD SYED JAMAL MENINGGAL DUNIA






KUALA LUMPUR 31 Julai - Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak di sini, kira-kira 10 malam semalam.
Perkara itu disahkan sumber dari Unit Perhubungan Awam Balai Seni Lukis Negara yang dihubungi Bernama di sini.


Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd. Noor dan dua anak lelaki.


Syed Ahmad yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.


Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari 1958-1959.

Beliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawata
n Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.


Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni.




Al-Fatihah


Thursday, 28 July 2011

Artis : Nasha Aziz Tetap Hebat




AURA dan pesona wanita tinggi lampai ini memang cukup kuat. Walaupun pelakon baru muncul silih berganti, tetapi tiada siapa yang mampu menafikan kuasa yang dimiliki oleh model dan aktres bernama komersial Nasha Aziz ini.
Buktinya, pada majlis The Blue Kebaya Showcase anjuran The Weld dengan kerjasama Rafflesia yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini, kehadirannya memang cukup dinantikan.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk, semua mata terus memandang kepada figura yang cukup unggul di pentas peragaan ini sehinggakan artis lain yang hadir bagaikan ditenggelamkan oleh karisma Nasha.
Tampil anggun menyarungkan kebaya moden biru firus rekaan Iszal dari butik Citra ini, Nasha sememangnya menjadi perhatian pada petang itu.
Seperti biasa, model dan aktres ternama ini menjadi tumpuan lensa kamera apabila jurufoto tidak putus-putus merakamkan wajah anggunnya dengan pelbagai gaya yang cukup menarik.
Tidak menunggu lama, pihak media yang hadir dengan pantas membawa Nasha ke satu sudut untuk menemuramahnya.
Maklumlah, bukan mudah hendak mendapatkan Nasha untuk mengetahui berita terbarunya melainkan hanya dalam acara seperti ini mahupun pelancaran drama atau filem yang ada melibatkan dirinya sahaja.
Apatah lagi, wajahnya juga jarang ditonton di kaca televisyen mahupun di layar lebar sehingga penonton dan peminat setianya sendiri tertanya-tanya ke manakah hilangnya jelitawan pujaan ramai ini.
Lalu, pada acara yang berlangsung di pusat membeli-belah The Weld, Kuala Lumpur merupakan peluang keemasan untuk bertanyakan perihal terbaru Nasha.
Bukan hanya soal kerjaya tetapi juga cerita cintanya bersama Nur Iman Tang Abdullah yang pasti bukan lagi satu rahsia.
Namun, mengenali Nasha, dia bukanlah seorang yang gemar menjaja cerita cinta tanpa sebarang sebab.
Sambil memberikan justifikasi, jelas Nasha, dia tidak mahu dilabelkan sebagai artis yang hanya mahu menjual kisah peribadi semata-mata untuk tatapan umum.
"Bukan saya lokek mahupun tidak selesa apabila mahu berkongsi soal cinta tetapi biarlah cerita itu ada hala tujunya.
"Jika hanya menonjolkan kisah cinta dengan tujuan mahu melariskan akhbar, saya tidak setuju. Saya faham apa yang anda (media) mahu dan kalau boleh, janganlah sampai menenggelamkan karier saya," kata pemilik nama penuh Noraishah Abdul Aziz itu dalam nada penuh diplomasi.
Ditanya tentang hubungannya dengan jejaka mualaf itu, Nasha memberitahu dia masih lagi berkawan dengan Nur Iman dan hubungan mereka tetap baik seperti biasa.
Katanya lagi, hubungan silaturahim sesama insan antara dirinya dan Nur Iman sebagai saudara seagama tidak akan putus sampai bila-bila.
"Semuanya masih berjalan dengan baik dan apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, lebih banyak lampu merah daripada lampu hijau apabila memperkatakan tentang soal perkahwinan," cerita wanita berusia 40 tahun ini dengan maksud yang cukup mendalam.
Menutup cerita itu dan menghormati permintaannya untuk tidak lagi mengulas lanjut berhubung kisah cintanya itu, perbualan diteruskan tentang perkembangan karier seninya.
Dengan pantas, wajahnya terus berseri dan ceria malah cukup rancak berkongsi cerita dengan pihak media pada petang itu.
Hakikatnya menurut peragawati unggul ini, dia tidak pernah menghilang. Malah, Nasha menjelaskan dia masih lagi aktif berlakon.
"Cuma, kalau tiada cerita yang boleh dikongsi, saya lebih selesa mendiamkan diri. Tetapi, diam saya tidak bermakna saya hanya duduk goyang kaki.
"Sebaliknya, saya sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Supermak yang masih berjalan ketika ini.
"Dalam masa yang sama, saya sibuk dengan beberapa drama bersiri lain dan itulah fokus saya buat masa ini," kata Nasha yang melupakan seketika dunia peragaan apabila sibuk dengan bidang lakonan.

Wednesday, 27 July 2011

Sukan : Harimau Malaya Mahu Manfaatkan 90 Minit




KUALA LUMPUR 27 Julai - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, bermain dengan sebaik-baiknya pada perlawanan timbal-balik Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di sini esok.
Sambil mengucapkan “Selamat Berjuang”, Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini berkata: “Kerajaan dan semua rakyat Malaysia sentiasa bersama Harimau Malaya. Tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh dan yakin dengan kemampuan sendiri.”
Perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia menentang Singapura akan berlangsung pada pukul 8.45 malam esok di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Muhyiddin yakin skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan berkenaan.
"Saya percaya latihan yang dijalani serta bimbingan yang diberikan oleh para jurulatih yang diketuai Datuk K. Rajagobal telah menyediakan pasukan Harimau Malaya untuk menangkis serangan lawan serta merempuh benteng pertahanan mereka dalam menjaringkan gol sebanyak mungkin.
"Saya yakin Harimau Malaya akan menggunakan 90 minit di Bukit Jalil dengan sebaik-baiknya bagi menjaringkan gol-gol dan mencipta kemenangan,” katanya.
"Yang pasti, kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan Harimau Malaya dalam perlawanan tersebut serta perlawanan-perlawanan seterusnya,” katanya.
Muhyiddin berkata, sokongan padu akan terus diberikan kepada pemain-pemain skuad kebangsaan untuk menyaksikan penyertaan skuad itu pada Piala Dunia 2014.
Pada perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Jalan Besar di republik itu pada Sabtu lepas menyaksikan Malaysia kalah 3-5.
Pada perlawanan esok, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya jaringan 2-0 untuk 
mengatasi Singapura bagi melangkah ke pusingan berikutnya. - Bernama



Jenayah Cyber Kerugian Mencecah Rm63Juta Ringgit






PULAU PINANG 25 Julai – Sebanyak 6,167 kes penipuan dalam Internet melibatkan nilai kerugian RM63 juta dilaporkan di negara ini sepanjang tahun lalu.
Ia meningkat empat kali ganda dalam tempoh empat tahun berbanding pada 2007 yang hanya mencatatkan 1,139 kes dengan nilai RM11.4 juta.
Bagi 2008, sebanyak 1,821 kes dengan kerugian RM12.9 juta dilaporkan, manakala 2009 adalah 3,863 kes bernilai RM22.3 juta.
Ketua Unit Jenayah Internet, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Deputi Supritendan Mahfuz Ab. Majid berkata, tiga jenayah siber yang kerap dilakukan adalah perbankan Internet, VoIP (Voice Over Internet Protocol) dan e-Perdagangan.
“Jenayah-jenayah itu melibatkan penipuan dalam cubaan memperoleh maklumat peribadi seperti nama pengguna, nombor akaun, nombor pengenalan peribadi (PIN), kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar sebagai entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.
“Oleh itu, kini boleh dilihat sindiket tidak perlu lagi menipu orang ramai secara berdepan, sekadar dalam talian saja sudah memadai,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja semasa Seminar Industri Antarabangsa bertemakan Teknologi Dalam Jenayah dan Pencegahan Kerugian di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mahfuz memberitahu, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak menyedari bahawa mereka telah dijadikan mangsa dalam jenayah siber seperti pencurian identiti, virus dan penghantaran e-mel.
“Pada masa yang sama, saya juga mendapati ramai dalam kalangan mereka juga ditipu semasa membeli secara talian terus.
“Pembelian secara talian terus sangat berisiko dan tidak dijamin kerana individu yang berminat perlu membayar terlebih dahulu sebelum mendapat produk mereka dan kebanyakan mereka tidak menerima produk berkenaan,” katanya lagi.
Pada perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan, trend rakyat Malaysia yang suka berjudi secara talian terus juga melibatkan kerugian serta penipuan.
Sehubungan itu, katanya, polis kini berdepan cabaran yang besar untuk menyiasat jenayah siber kerana undang-undang sedia ada tidak selari dengan teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang berkembang dengan pesat.
“Justeru, undang-undang sedia ada perlu dikaji semula dan agensi-agensi berkaitan juga perlu bekerjasama bagi menangani jenayah siber di negara ini,” katanya.
Pengerusi Eksekutif Internet Fraud Watchdog Ltd. (IFW), Ken Gamble berkata, Malaysia mencatatkan sebagai 13 negara paling aktif dalam jenayah siber di seluruh dunia.
Katanya, negara-negara lain yang turut mencatat angka tertinggi dalam jenayah itu adalah United Kingdom, Ukraine, Indonesia, Yugoslavia, Lithuania, Romania, Turki, Russia, Pakistan, Israel, Nigeria dan China.
“Ia menunjukkan jenayah siber melibatkan rangkaian penjenayah antarabangsa. Jenayah siber di seluruh dunia pada tahun ini dijangka mencecah tujuh trilion kes membabitkan penipuan perbankan, kandungan porno, gangguan, kecurian identiti, pengedaran dadah dan keganasan,” katanya.




Sukan : Penyokong Harimau Malaya 'Borong' Tiket




KUALA LUMPUR 26 Julai - Ribuan penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, menyerbu kaunter tiket untuk mendapatkan tiket masing-masing bagi menyaksikan perlawanan timbal balik pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura, Khamis ini.

Seawal pukul 8 pagi peminat-peminat bola sepak tempatan mula berbaris di kaunter tiket Pintu Kuning Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Selain Stadium Nasional, Bukit Jalil, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut membuka kaunter tiket di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.

Tiket-tiket dijual pada harga RM50 untuk tempat duduk utama, RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Selain itu, peminat-peminat boleh membeli tiket secara dalam talian melalui laman web www.tickethotline.com.my. - Bernama

Sunday, 24 July 2011

KL GANGSTER (Full Movie)

Filem KL Gangster arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof telah berjaya mencapai kutipan Rm12juta, modal baru Rm1.51 juta, ish3! banyak untung tu, dan KL Gangster 2 akan memulakan pengambaranya nanti, kepada yang belum menonton movie KL Gangster bolehlah gok kat youtube ajer..hehe


Sabar Menanti KL Gangster 2..

Juvana Episod Akhir

Mesti ramai yang minat dengan lakonan botak atau daim dalam siri juvana setiap isnin jam 9.00 malam, namun siri juvana sudah pun tamat. Akhirnya daim pon dilepaskan dan kes ditarik balik, mari sama2 kita saksikan episod akhir untuk mengingatkan kembali siri juvana.



Nasihatilah anak2, adik2, kawan2 anda,jangan sampai terjebak ke lembah kegelapan..

PELIK : Ikan Yang Jarang Dilihat

Memang agak seram sejuk kalau bertembung dengan ikan2 species macam ni semasa berenang kat laut..huhu




lagi...






Jangan risau ikan2 species ni hanya terdapat di lautan dalam sahaja..(",)