Sunday, 30 October 2011

Gadis 11 Tahun Lahirkan Bayi Di Hari Perkahwinanya



Seorang gadis berusia 11 tahun menjadi seorang ibu setelah melahirkan di sebaik sahaja upacara pernikahannya dengan seorang remaja belasan tahun berlangsung.
Kordeza Zhelyazkova masih mengenakan pakaian pengantin dan perhiasan kepala ketika tiba di hospital dan melahirkan bayi bernama Violeta.

Pelajar di Sliven, Bulgaria itu hamil hanya dua minggu setelah ulang tahunnya yang ke-11. Dia melahirkan anak sambil didampingi suaminya, Jeliazko Dimitrov, yang berumur 19 tahun.

"Saya tidak akan lagi bermain dengan boneka. Saya punya boneka baru sekarang," kata Kordeza.

"Dia sangat cantik. Saya menyayanginya. Violeta adalah anak yang harus saya besarkan. Saya tidak akan kembali ke sekolah. Saya seorang ibu sekarang."
Kordeza bertemu Jeliazko di tempat bermain di sekolahnya. Ketika itu Jeliazko menyelamatkannya dari gangguan anak-anak lain.

Kordeza mengaku tidak mendapatkan pendidikan seks dan tidak tahu bagaimana caranya hamil. "Saya tidak pernah mempunyai kekasih dan tidak pernah mengetahui mengenai kondom. Saya tidak sedar sedang hamil sehingga nenek melihat saya bertambah besar. Yang saya tahu ketika itu adalah makan terlalu banyak burger," akuinya.

Pasangan sangat muda itu berkahwin ala Rom. Namun kini Jeliazko menghadapi tuduhan hukuman enam tahun penjara kerana melakukan seks dengan remaja bawah umur.

"Saya takut. Saya ingin menjaga isteri dan anak saya. Tapi saya harus dipenjara," ujar Jeliazko sedih.

"Saya melakukan kesalahan, namun ingin meminta maaf untuk itu kerana saya sekarang memiliki Violeta yang cantik," tuturnya.

Thursday, 27 October 2011

Guru Tutup Mulut Pelajar Dengan Solatape Sebab Tak Berhenti Bercakap




Seorang ibu kepada seorang pelajar sekolah menengah di Broward marah setelah anak perempuannya yang berumur 13 tahun memberitahunya bahawa seorang guru telah melekatkan salotape di mulutnya.
“Selepas pulang dari tempat kerja tiba-tiba saya diberitahu oleh anak saya bahawa mulutnya ditampal,” kata Lea Freel semasa menghadiri majlis Renaissance Middle School.
Dia mengatakan “Dia meminta saya untuk berhenti bercakap, dan kemudian beberapa minit kemudia saya telah bercakap lagi. Tiba-tiba dia datang kepada saya dan melekatkan salatope itu di mulut saya,” kata Jazlyn.
“Saya terasa nak batuk, jadi saya buang pelekat tersebut, kemudian guru tersebut datang lagi lalu menambah lagi pelekat itu ke mulut saya.” kata Jazlyn lagi cikgu itu juga turut melekat pelekat tersebut kat pelajar lain, sehinggalah dia dilarang oleh pentadbir. 

Kejam, 34 orang digantung kerja kerana solat diwaktu bekerja





ZAINAB AWEIS, 20, yang merupakan orang Islam Somalia bergambar di hadapan bendera Amerika Syarikat di Seattle.

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) – Seramai 34 pemandu syarikat sewa kenderaan tempatan Hertz digantung kerja kerana bersolat semasa waktu bertugas.
Dalam wawancara bersama akhbar The Seattle Times Zainab memberitahu, beberapa pengurus syarikat Hertz memberitahunya bahawa beberapa kakitangan wanita yang ingin mengerjakan solat telah diarahkan supaya pulang.