Monday, 15 August 2011

Chong Wei Tertewas




KUALA LUMPUR 14 Ogos - Kejayaan Datuk Lee Chong Wei memenangi set pertama Kejohanan Badminton Dunia BWF gagal membuang ‘badi’ kejohanan selepas kalah kepada seteru utama, Lin Dan, 22-20, 14-21, 21-23.


Badi kejohanan terus membelenggu pemain No. 1 dunia itu selepas enam kali mencuba apabila gagal dalam satu perlawanan final sengit untuk membawa pulang kejuaraan dunia buat kali pertama.

Saturday, 13 August 2011

Service Proton Percuma!!






SHAH ALAM 12 Ogos – Proton Holdings Bhd. (Proton) akan menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma di tiga lokasi hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sempena 'Kempen Keselamatan Proton 1Malaysia' bermula 22 hingga 25 Ogos ini.


Tiga R&R yang terlibat ialah Dengkil, Air Keroh dan Gunung Semanggol.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pemeriksaan kenderaan percuma itu dijalankan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan jalan raya ketika balik kampung sempena hari raya nanti.


Beliau berkata, tiga lokasi R&R yang dipilih pula merupakan tambahan kepada 18 lokasi pemeriksaan kenderaan percuma Proton yang ditawarkan di semua pusat servis Proton Edar di seluruh negara bermula pada dari 15 Julai hingga 15 September ini.


``Justeru, kita harapkan dengan kempen ini ia sekurang-kurangnya mewujudkan kesedaran seluruh pengguna jalan raya untuk menjaga keselamatan masing-masing khususnya para pekerja Proton yang pulang ke kampung untuk berhari raya," katanya.


Beliau berkata demikian selepas melancarkan 'Kempen Keselamatan Proton 1Malaysia' di kilang Proton, Seksyen 26 di sini hari ini. - Utusan






p/s: time2 nak raya ni boleh la g, percuma aje taw..huhu

Thursday, 11 August 2011

Menara Luar Biasa

Tengok skali pandang cam tak percaye aje menara ni lain dari yang lain,
tak caye tengok ajelah..huhu






Apa yg anda nampak?
jap ea zoom dulu..









Masih Tak Nampak?









Tengok ajelah gambar seterusnya..




















Bestnyer kalau kat KL ada camni,
mesti menggerunkan..hehe

Wednesday, 10 August 2011

Mayat dikerat-kerat: Polis tidak tolak motif cinta, cemburu


SHAH ALAM 9 Ogos - Polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dikerat-kerat di sebuah unit pangsapuri di Ampang minggu lalu, disebabkan cinta dan cemburu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya telah menyoal lebih 100 individu termasuk jiran mangsa dan 40 daripadanya direkod keterangannya.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai hubungan antara suspek dan mangsa.
"Perkara itu masih dalam siasatan dan kita tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.
Tun Hisan berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati, suami mangsa hanya menyedari kehilangan isterinya selepas dia tidak pulang ke rumah pada 29 Julai lalu.
"Pada hari mangsa dipercayai hilang iaitu pada Jumaat, dia dikatakan sedang bercuti dan tidak bekerja," katanya.
Mengenai mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di tempat yang sama pada hari berkenaan, Tun Hisan berkata, perkara itu masih di dalam siasatan pihak forensik.
"Ada maklumat mengatakan mayat kanak-kanak itu adalah anak mangsa tetapi kita sedang siasat dengan lebih terperinci bagi mengesahkannya," ujarnya.
Pada 3 Ogos lalu, beberapa keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus ditemui dalam beberapa beg plastik di dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.
Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita warga asing berumur 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki.-Bernama


p/s: Janganlah sampai jadi camni,bunga bukannya sekuntum..hehe 

Monday, 1 August 2011

MB Kedah di IJN



Kesihatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid, Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.
"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Helmi berkata, doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata, Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini - Bernama

Lagi Mangsa Ragut



KUALA TERENGGANU 1 Ogos – Seorang daripada dua beradik perempuan mangsa ragut yang terlibat dalam kemalangan pagi semalam kini sudah sedarkan diri, manakala adiknya masih berada dalam keadaan koma.
Bapa mereka, Malik Ngah, 58, berkata, anaknya Maleha, 24, yang hampir putus tangan dan luka di badan telah mula sedarkan diri setelah menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.
Bagaimanapun katanya, adik kepada Maleha, Maizatul Akmal, 22, masih koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital yang sama.
"Laporan polis masih belum dibuat kerana kita nak tunggu dulu cerita dari Maleha. Sekarang dia masih lemah dan doktor nasihatkan dia supaya tidak banyak bercakap,” kata Malik kepada pemberita di hospital berkenaan.
Kejadian ragut tersebut berlaku apabila kedua-dua beradik itu yang bermotosikal dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka menuju ke Kompleks Sri Iman dekat sini untuk mengambil Wang Dana Bakti Remaja telah diragut oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi semalam itu, dua beradik itu dipercayai bertindak nekad mengejar peragut yang melarikan beg tangan mereka, namun motosikal mereka bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan di Jalan Kamaruddin di sini.

* dieorang ni ragut nk bli makanan sahur agaknya..