Saturday, 3 September 2011

Akhirnya Gambit Memohon Maaf

Susulan kepada pengeluaran kata-kata yang menyamakan peminatnya seperti Babi dan Anjing ,Gambit telah memohon maaf atas sikap tidak professionalnya. Harap-harap Gambit benar-benar jujur dan ikhlas memohon maaf. Semoga selepas ini tiada lagi kontroversi dan kata-kata sebegini ditaip oleh Gambit.




Di Syawal yang mulia ini, mehlah sama-sama kita maafkan Gambit.


Ada ker yg masih marah kat Gambit?

Gambit Samakan Segelintir Fans Facebooknya Sebagai Anjing Dan Babi!!

Serius terkejut beruk membaca status di Page Gambit ini. Dah buang tabiat ke apa mamat nie. Memang sangat-sangat tak sesuai status yang ditulis. Ada ke patut menyamakan peminat yang menyokong kita dengan binatang? Lebih-lebih binatang seperti anjing atau babi.



Kat page ni juga ada ramai binatang2 seperti anjing/babi & lain2 dalam pakaian model/tradisional & etc. Kerja mereka adalah untuk menghiburkan kita. Oleh kerana kita tahu akan tahap pemikiran mereka yg agak cetek, kita layankanlah gelagat binatang2 peliharaan kita ini. Semoga mereka dapat dijinakkan satu hari nanti. Amin.
Memang serius tak boleh blah status di atas kan? Kalau tengah bengang pun, man man lah. Tak perlu nak update status yang menghina orang lain sampai tahap begitu. Apa nak jadi dengan Gambit? Dan untuk pengetahuan anda, status FB tersebut sudah pun didelete. Mungkin Gambit tak tahan mendengar kutukan yang diberikan terhadapnya.
Kepada Gambit, sudah-sudahlah tue. Tak perlu kot buat kontroversi murahan begini. Hati peminat perlu dijaga (itupun kalau ada peminat la)
Apa Kata Korang?..ish3

Friday, 2 September 2011

Pengerusi DAP Kecam Mat Sabu

Karpal Mahu Timbalan Presiden PAS Tarik Balik Kenyataan Sokong Komunis


GEORGETOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu Timbalan Presiden PAS yang juga rakannya dalam pakatan pembangkang, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung peristiwa serangan di Bukit Kepong. 

Pemimpin DAP itu berkata, rentetan peristiwa Bukit Kepong tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

“Menyentuh mengenai satu isu sensitif yang berlaku lebih 61 tahun lalu adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mat Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” katanya.
Mat Sabu, ketika berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam peristiwa Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara. 

Karpal berkata, Mat Sabu sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan. 

“Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Mat Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini,” katanya. 

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kenyataan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pembangkang. 
Dalam pada itu, Pergerakan Puteri UMNO mendesak Mat Sabu supaya meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong. 

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata ini kerana kehidupan dan keamanan yang dirasai pemimpin itu bersama keluarganya adalah hasil perjuangan pemimpin lampau yang memperjuangkan kemerdekaan negara. 

“Ini adalah satu kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan keluarga yang terbabit terutama sekali keluarga pejuang kita yang telah pergi berasa sedih, lebih-lebih lagi kita berada dalam suasana kemerdekaan serentak dengan sambutan Aidilfitri. 

“Kenyataan begitu sewajarnya tidak dikeluarkan oleh mana-mana pihak atau mana-mana parti politik sekalipun,” katanya. 

Sementara itu, Mat Sabu ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan meminta maaf kepada rakyat Malaysia atau menarik balik kenyataannya berhubung peristiwa Bukit Kepong. 

Sebaliknya, Mat Sabu menyerahkannya kepada polis untuk menyiasat dan mahu mahkamah menentukan sama ada beliau bersalah atau tidak. 

“Saya tidak akan minta maaf. Polis sudah menyiasatnya, biarlah mahkamah yang menentukan sama ada saya bersalah atau tidak,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Berhubung desakan Karpal yang mahu beliau menarik balik kenyataannya, Mat Sabu berkata: 

“Saya akan berjumpa Karpal dalam tempoh terdekat. Saya akan menjelaskan perkara sebenarnya.”

32 kematian hari raya pertama, kedua



KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 lagi kematian dicatatkan di seluruh negara pada hari raya pertama dan kedua, menjadikan keseluruhannya 166 orang maut di jalan raya dalam tempoh sembilan hari Ops Sikap ke-24 dilancarkan sempena Aidilfitri. 

Paling menyedihkan, daripada 15 kematian dilaporkan pada hari raya pertama, semuanya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, menjadikan 23 penunggang dan pembonceng terbunuh dalam tempoh dua hari lalu.

Malah, daripada 166 kematian sejak sembilan hari lalu, 104 adalah penunggang dan pembonceng motosikal.
Keseluruhannya, 2,016 kemalangan dilaporkan pada hari raya pertama dan kedua, dengan yang tertinggi dicatatkan di Jalan Persekutuan membabitkan 720 kes, diikuti Jalan Bandaran (609), Jalan Negeri (388), lebuh raya (180) dan lain-lain jalan (119). 

Dalam tempoh sama, 9,132 saman trafik dikeluarkan bagi pelbagai jenis kesalahan lalu lalu lintas. 

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa sedih dengan peningkatan jumlah kematian dan kemalangan jalan raya setiap kali sambutan perayaan terutama di jalan negeri dan jalan bandaran walaupun pelbagai kempen keselamatan dijalankan. 

“Kerajaan serius dalam usaha menjalankan kempen keselamatan jalan raya sejak dulu lagi, termasuk menubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Menjadi kebimbangan apabila kes kemalangan jalan raya semakin meningkat, paling banyak membabitkan motosikal,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbukanya di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh.