Karpal Mahu Timbalan Presiden PAS Tarik Balik Kenyataan Sokong Komunis
GEORGETOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu Timbalan Presiden PAS yang juga rakannya dalam pakatan pembangkang, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung peristiwa serangan di Bukit Kepong.
Pemimpin DAP itu berkata, rentetan peristiwa Bukit Kepong tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
“Menyentuh mengenai satu isu sensitif yang berlaku lebih 61 tahun lalu adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mat Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” katanya.
Mat Sabu, ketika berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam peristiwa Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Karpal berkata, Mat Sabu sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
“Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Mat Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini,” katanya.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kenyataan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pembangkang.
Dalam pada itu, Pergerakan Puteri UMNO mendesak Mat Sabu supaya meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata ini kerana kehidupan dan keamanan yang dirasai pemimpin itu bersama keluarganya adalah hasil perjuangan pemimpin lampau yang memperjuangkan kemerdekaan negara.
“Ini adalah satu kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan keluarga yang terbabit terutama sekali keluarga pejuang kita yang telah pergi berasa sedih, lebih-lebih lagi kita berada dalam suasana kemerdekaan serentak dengan sambutan Aidilfitri.
“Kenyataan begitu sewajarnya tidak dikeluarkan oleh mana-mana pihak atau mana-mana parti politik sekalipun,” katanya.
Sementara itu, Mat Sabu ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan meminta maaf kepada rakyat Malaysia atau menarik balik kenyataannya berhubung peristiwa Bukit Kepong.
Sebaliknya, Mat Sabu menyerahkannya kepada polis untuk menyiasat dan mahu mahkamah menentukan sama ada beliau bersalah atau tidak.
“Saya tidak akan minta maaf. Polis sudah menyiasatnya, biarlah mahkamah yang menentukan sama ada saya bersalah atau tidak,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Berhubung desakan Karpal yang mahu beliau menarik balik kenyataannya, Mat Sabu berkata:
“Saya akan berjumpa Karpal dalam tempoh terdekat. Saya akan menjelaskan perkara sebenarnya.”

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.